Benih Iblis
Kedua-dua mereka terkapar lesu di atas tilam setelah selesai pekerjaan mereka itu. Mereka terus kekal begitu selama beberapa minit. Baidura mendakap tubuh suaminya, seperti ingin mahukan Julfan terus melekap ke atas dirinya tanpa meninggalkannya lagi, tetapi dia tahu kemahuannya amat mustahil untuk dilaksanakan. Saat-saat Julfan menarik zakarnya keluar dari faraj Baidura, Baidura terasa seperti tubuhnya telah kehilangan sesuatu. Namun dia masih merangkul Julfan dan terus terlelap di dalam pelukan suaminya.
Julfan tidak dapat tidur. Dia hanya memandang wajah isterinya yang sedang tidur nyenyak dengan penuh kasih sayang seorang suami. Disentuhnya pipi gebu isterinya. Kemudian dikuncupnya. Dia merenung ke arah dada isterinya yang berombak perlahan, mengikut rentak nafasnya. Salah satu dada subur milik Baidura dipegangnya dan diramas lembut. Matanya kemudian beralih ke arah perut Baidura yang masih kelihatan leper.
“Kau…akan mengandung…dan akan melahirkan anakku…bukan, anak kita Dura,” bisik Julfan.
“Tapi…ah, anak kita ini…sudah hampir rosak Dura. Akibatnya dariku sendiri,” sambungnya bersendirian. Setitis air bening mengalir dari pipi Julfan. Jatuh ke atas pipi Baidura. Julfan cepat-cepat menyapunya. Tangannya itu kemudian dilekapkannya ke atas perut Baidura. Anak yang dikandung oleh isterinya adalah benih darinya dan juga Baidura…juga benih dari roh jahat di dalam tubuhnya. Entah apa yang akan berlaku sekiranya bayi itu dilahirkan.
Tiba-tiba dia terasa perasaan menyucuk-nyucuk di seluruh badannya. Tangannya yang memegang buah dada Baidura telah perlahan-lahan mula ditumbuhi bulu-bulu halus. Masanya sudah tiba untuk dia meninggalkan Baidura. Julfan cepat-cepat bangkit dari katil itu, sambil berhati-hati agar tidak mengejutkan isterinya. Beberapa not wang RM50 diletakkan di tepi meja. Sekeping nota yang siap ditulisnya juga ditinggalkannya untuk isterinya. Dikenakannya pakaiannya semula. Kemudian diselimuti isterinya dan mengucup bibir mungkilnya. Dia melihat…mungkin untuk kali terakhir….wajah isterinya sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu. Dia berjalan menuju ke suatu tempat yang sunyi.
Tiada sesiapa yang kelihatan. Ditanggalnya pakaiannya dan disembunyikan. Badannya telah mula ditumbuhi bulu-bulu hitam dan berubah secara drastik, kembali menjadi lembaga hitam. Matanya bertukar warna merah, lebih ganas. Mukanya bertukar menjadi menggerutu. Roh jahat kembali menguasai tubuh Julfan. Kali ini untuk selamanya. Julfan sudah tidak wujud lagi.
Lembaga hitam itu bersembunyi di dalam semak, menunggu malam yang akan tiba.
