Novel - Dendam Sang Iblis

June 13, 2005

Bilik air

Filed under: bab 4 - hotdick80 @ 10:00 am

Tangan Baidura mencapai bekas yang berisi air yang dicedoknya dari kolah dan menyiramkannya ke seluruh tubuhnya. Beberapa kali dia melakukan begitu. Kemudian pakaian mandinya yang sudah basah itu dilucutkannya. Tak selesa dia mandi dalam keadaan begitu. Tangannya yang sebelah lagi itu telah mencapai sabun mandi dan menyapukannya ke seluruh tubuhnya yang telah telanjang itu. Dalam keadaan itu, Baidura masih teringat lagi akan suaminya. Rindu benar dia kepada suaminya itu yang telah meninggalkannya untuk ke kota dua tahun lalu untuk mencari pekerjaan. Baginya, hanya suaminya sahaja lelaki yang dapat memahami dirinya. Hanya dia seorang sahaja yang dapat menyingkap rahsia dirinya serta kewanitaannya. Hanya tangannya sahajalah yang dapat menjalar ke seluruh tubuhnya. Disiramnya sekali lagi tubuhnya dengan air sehingga puas hatinya. Rambutnya yang mengurai ke bahu dikeringkannya dengan tuala. Kemudian tubuhnya yang basah pula dikeringkan. Tuala itu dibalutkan ke tubuhnya.

Julfan memerhatikan setiap gerak-geri isterinya dari celah-celah lubang di dinding bilik mandi itu. Dia terbangun pada subuh tadi untuk mendapati dirinya berada di tepi semak di kawasan Kampung Talang. Dia tidak ingat bila dia sampai ke situ. Tubuhnya didapati tidak berpakaian. Kebetulan tiada orang yang lalu di situ. Kebetulan ada sebuah rumah di situ. Nasibnya baik. Pagarnya terbuka. Dia menyusup masuk dan mengambil pakaian untuk dirinya. Muat dengan saiznya. Kemudian diambilnya kasut yang terletak di depan rumah. Dan tanpa melengah, terus ke rumahnya. Roh jahat di dalam badannya cuba menguasai pemikiran Julfan. Segera dia melawan. Akhirnya roh jahat terpaka mengalah kepadanya. Julfan terus memerhatikan perbuatan isterinya dalam bilik mandi itu. Mahu sahaja dia menerkam isterinya itu untuk memuaskan dirinya. Mahu sahaja dihuli gomol isterinya hingga lembik. Tapi Julfan masih bersabar.

Hatinya berasa tidak sedap. Entah kenapa dia merasakan seperti dirinya diperhatikan orang. Baidura lekas-lekas keluar dari bilik mandi menuju ke bilik kamarnya, sambil melihat sekeliling. Tiada apa-apa. Ah, cuma igauanku sahaja, fikirnya. Segera dikenakan pakaiannya. Kemudian dia duduk di atas katil. Matanya melirik ke arah jam yang terlekap gagah di atas dinding.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://dsi.blogsome.com/2005/06/13/bilik-air/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here