Dura
Kampung Talang. 0800 pagi
Baidura masih terbaring di atas katil. Dia hanya memakai kain batik lusuhnya sahaja tanpa ditutup dadanya. Dia sememangnya tidak suka memakai coli. Selimut putih masih membaluti tubuhnya. Fikirannya masih melayang, entah ke mana. Di luar, mentari sudah mula menampakkan sinarnya. Kedengaran ayam berkokokan sambil kejar-mengejar di tepi rumah. Baidura terkenangkan suaminya yang masih berada di kota. Sudah lama dia tidak mendengar khabar darinya. Kali terakhir dia menerima surat suaminya, suaminya menyatakan bahawa dia akan pulang ke kampung. Suaminya sudah jemu tinggal di kota. Dia sudah bosan menjadi pemandu merangkap kuli kepada orang-orang kaya di kota. Dihina. Dianiaya. Lebih baik bekerja sendiri di kampung, katanya dalam suratnya itu. Baidura bangkit dari tempat pembaringannya. Langkahnya untuk mengambil tuala yang tersidai di birai jendela mati di depan cermin besar di penjuru bilik itu.
Entah kenapa, dia menghadap cermin besar itu peninggalan arwah ayahnya sambil menanggalkan pakaiannya. Berbogel terus. Dia tersenyum memerhatikan tubuhnya yang ramping itu. Masih menggiurkan. Wajahnya masih ayu lagi. Hitam manis kulitnya. Begitu juga dengan tubuhnya, tidak banyak berubah setelah berkahwin. Ah, aku masih muda lagi. Umurku baru 25 tahun, fikir Baidura. Pinggangnya yang genting dan bibir merahnya yang mengulum, tentu sesiapa yang merenungnya akan tergila-gilakan Baidura. Bonjolan-bonjolan dadanya yang pejal itu disentuhnya. Dia cuba mengingat kepada sebuah pantun lama yang pernah didengarnya dahulu.
Di mana kuang hendak bertelur
Di atas lata di ruang batu
Di mana abang hendak tidur
Di atas dada di ruang susu
Tersenyum Baidura apabila teringatkan pantun tersebut. Pantun tersebut telah dibisikkannya ke telinga suaminya semasa berbaring di atas katil pada malam pertama perkahwinan mereka. Mereka tergelak kecil bersama-sama. Penuh mesra sambil suaminya pula mengucup keras bibir gebunya, sambil tangan gagahnya merayah ke seluruh tubuhnya itu. Dan akhirnya…dia tersenyum sendiri.
Mereka sudah lama berkahwin. Sudah masuk tahun kelima. Entah berapa kali dia telah ditiduri suaminya sebelum keberangkatannya ke kota mencari pekerjaan. Namun mereka masih tidak mendapat anak. Mungkin masanya belum tiba bagi mereka untuk dikurniakan anak. Buah dada Baidura mulai membengkak satu macam. Baidura mematikan lamunannya dan mengalih perhatiannya kembali semula mencari tualanya. Setelah mengenakan pakaian basahannya, dia lekas-lekas bergegas ke bilik mandi.
