Novel - Dendam Sang Iblis

June 13, 2005

Mayat

Filed under: bab 3 - hotdick80 @ 9:56 am

Tubuh Rita yang sudah menjadi mayat dijumpai dalam keadaan yang sungguh mengerikan oleh Mak Jah yang baru pulang dari kampungnya pada pagi itu. Rita masih berada dalam keadaan bogel. Berbau busuk menusuk ke hidung. Tangan Rita masih berpaut kuat pada tepi katilnya. Kakinya masih terkangkang luas dan darah masih mengalir keluar daripada kemaluannya. Badannya kempis seperti belon yang tiada udara. Wajahnya masih membayangkan ketakutan yang telah dirasainya. Dari mulutnya yang masih ternganga itu, air liur meleleh keluar bercampur cecair yang berlekit. Mak Jah panik melihat kejadian itu, dan menjerit kuat meminta tolong, menyebabkan jiran-jiran yang berhampiran bergegas ke rumah itu. Mereka menjumpai tubuh Mak Jah yang pengsan, dan juga mayat Rita. Seorang daripada jiran-jiran itu memanggil polis serta menghubungi Datuk Riduan dan Datin Rafeah.

Mayat Rita yang diliputi selimut putih diusung masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Datuk Riduan dan Datin Rafeah memerhatikannya dengan mata yang masih merah, sedih di atas nasib yang menimpa anak mereka. Tasha yang berdiri di sebelah mereka juga tunduk, mengenangkan sahabatnya yang juga kekasihnya, telah meninggal dunia. Inspektor Halim yang menguruskan kes kematian Rita melangkah ke arah mereka.

“Datuk, Datin, Cik Natasha…anggaplah kematian Cik Rita sebagai suatu takdir Ilahi….pihak kami akan cuba sedaya-upaya untuk mencari pembunuh anak Datuk dan Datin.” tegas suara Inspektor Halim.

“Terima kasih Inspektor…tapi Rita hanyalah satu-satunya anak perempuan kami…kami amat menyayanginya dan kini…dia tidak akan kembali lagi….” Datin Rafeah mula bersuara, dan berakhir dengan sedu-sedan.

“Saya faham perasaan Datin sekarang. Tetapi kita tidak boleh terlalu emosional. Kita perlu mengawal perasaan.” jawab Inspektor Halim.

Datin Rafeah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil dipeluk dan ditenangkan oleh suaminya. Datuk Riduan kelihatan tenang sahaja menghadapi dugaan yang diterimanya itu. Natasha pula masih tidak dapat menghilangkan perasaan sedihnya.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://dsi.blogsome.com/2005/06/13/mayat/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here