Misteri gubuk
Seorang pegawai bomba yang memeriksa kesan-kesan kebakaran gubuk buruk itu setelah rakan-rakannya yang lain berjaya memadamkan api menggeleng-gelengkan kepala. “Hairan sungguh,” ujarnya seorang diri.
“Kenapa?” tanya kawannya yang kebetulan mendengar kata-kata pegawai bomba itu.
Pegawai bomba itu melihat ke arah muka kawannya. “Aku sering lalu di lorong ini ketika mahu melawat ibuku di kampung sebelah bukit sana. Baru saja semalam ketika aku lalu di sini, tidak pernah aku lihat ada pondok buruk di sini.”
